Posts

Showing posts from July, 2021

FASA KEHIDUPAN AKU

Lama dah aku rasa nak buka platform untuk aku bercerita. Ya mungkin takde apa yang menarik pon tapi setiap peringkat hidup aku, setiap yang berubah, setiap yang aku lalu sehingga aku berubah menjadi seperti orang yang lain semuanya berlaku dari satu peringkat ke peringkat kehidupan aku. Mungkin aku akan mulakan kisah aku ini dari waktu pertengahan fasa umur aku. Just some review life aku sebelum itu. Sewaktu aku kecil masa tu dalam umur lingkungan 7 tahun hingga12 tahun (kira darjah 1 sampai darjah 6) aku tak ramai kawan-kawan. Aku berfizikal besar. Dan ketika itu aku di kelilingi dengan kenalan yang memang hanya lihat pada paras rupa semata plus berduit. Oleh kerana permulaan hidup aku bersosial (fasa berkawan) telah terdedah dengan kelompok yang memilih untuk berkawan, jadi aku lebih memilih untuk menjadi seorang yang pendiam. Ya, aku memang orang yang pendiam dulu. Bayangkan waktu umur itu sepatutnya aku ada sosial relationship.. berkawan.. tapi aku tak dapat semua tu sebab mereka...